Wednesday, November 21, 2012

Fakta Menarik

1) Dr James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki menjadi jeneral dalam tentera Ratu Victoria. Dr Barry menyertai pasukan perubatan tentera, berkhidmat selama 40 tahun sebagai doktor bedah dan juga ketua penyelia kepada beberapa buah hospital. Dalam tempoh itu, dia dikenali sebagai Dr James Barry, seorang lelaki. Jantina sebenar beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal dunia.

2) Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di Barcelona Acadeny of Arts, para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk menyiapkan hasil kerja masing-masing. Pablo Picasso yang ketika itu berusia 15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja dan dia memenangi tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang lebih dewasa daripadanya.

3) Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo, Afrika amat takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah terpahat di dahi.

4) Ketua Perpustakaan Vatican, Rom (1819-1849), Giuseppe Caspar Mezzofanti mampu bertutur dalam 50 bahasa dan telah menterjemahkan hasil karya yang ditulis dalam 114 bahasa.

5) Zeuxis, pelukis terkemuka Greek pada abad ke 5 Sebelum Masehi meningal dunia ketika sedang ketawa melihat hasil lukisannya.

Monday, August 6, 2012

10 Fakta Menarik

1)Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

2) Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar dengan planet Neptune.

3)Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak.

4) Kebanyakan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

5) Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

6) Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan.

7) Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

8) Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

9) Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

10) Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

10 Fakta Menarik

1) Sahara, padang pasir terbesar di dunia mempunyai keluasan 5,632,690 kilometer (3.5 juta batu) persegi.

2) Semasa pemerintahan Kublai Khan, orang-orang Cina menggunakan singa untuk berburu. Mereka melatih singa untuk mengejar dan menangkap haiwan liar termasuk seladang serta beruang. Singa tersebut akan terus berada di samping binatang yang dibunuhnya itu sehingga pemburu sampai.

3) Seni membuat peta telah wujud lebih awal berbanding seni tulisan. Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red Indian dan penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang sudah mereka kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang ini disimpan di Muzium Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh 2500 SM.

4) Bilangan telefon di bandaraya Tokyo, Jepun adalah lebih banyak daripada bilangan telefon yang terdapat di seluruh Afrika.

5) Perut bayi hanya boleh memuatkan susu sebanyak 60ml pada satu masa. Manakala perut orang dewasa mempunyai kapasiti paling maksimum ialah 1.5 liter. Namun lembu boleh memuatkan makanan sebanyak 300 liter dalam perutnya.

6) Sebanyak 110,000 juta tan karbon dioksida memenuhi atmosphera setiap tahun kesan pembakaran petrol. Untuk menyerap semua gas tersebut, ia memerlukukan hutan seluas benua Australia.

7) Sebanyak 4,082 kilogram bunga ros akan dapat menghasilkan hanya 0.972kg ekstrak untuk dijadikan bahan campuran di dalam pembuatan minyak wangi.

8) Hujan tiruan pertama dibuat di Concord, New Hempshire, England, pada tahun 1947. Ketika itu tujuannya adalah untuk memadamkan kebakaran hutan yang melanda kawasan tersebut selama hampir sebulan.

9) Kelapa paling besar di dunia boleh diperolehi hanya di Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi. Berat buahnya yang masak mencapai sehingga 22 kilogram.

10) Siput babi merayap pada kadar 0.0313 meter sejam.

Friday, July 13, 2012

10 perbezaan lelaki dan wanita part 3

1. Rata-rata deria pendengaran lelaki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37.

2. Lebih banyak wanita dapat bernyanyi tanpa suara sumbang dibanding lelaki. Pita suara lelaki lebih panjang dan saluran nafasnya 30 % lebih besar.

3. Bagi Lelaki, jika berkomunikasi dengan sesama jenis saling berjauhan dengan ada ruang antara diantara mereka dan bereaksi negatif jika seseorang masuk di antara ruang jarak pembicaraan. Lelaki lebih mudah tertekan pada kerumunan yang membatasi ruang geraknya.

4. Lelaki jika terserempak dengan wanita di khalayak ramai, lelaki akan menghadapkan tubuhnya menghadap wanita yang dilewatinya. Wanita pula cenderung membalikkan badan, sering secara tidak sadar menempatkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada.

5. Wanita menghasilkan dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika masih diperut ibu, lelaki pula akan terus memenghasilkan sperma hingga usia tua.

6. Kekuatan memegang tangan lelaki dua kali lebih kuat daripada wanita.

7. Kira-kira 48 % lelaki mendengkur ketika tidur, hanya 22 % pada wanita.

8. Wanita rata-rata 153 saat berada di toilet, lelaki pula 113 saat.

9. Kesan hubungan keluarga yang baik meningkatkan kualiti hidup: 62 % wanita, 49 % lelaki.

10. Satu daripada empat, wanita gagap .

Saturday, June 30, 2012

10 perbezaan lelaki dan wanita part 2

1. Lelaki lebih suka berterus terang, sementara wanita terganggu dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan ( intuisi ) dan kiri ( logik )lebih sedikit pada wanita. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada wanita.

2. Wanita lebih baik deria bau disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai activate reseptor smell.

3. Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar peluh (yang menghasilkan bau badan ) daripada lelaki.

4. Kemampuan deria lelaki untuk merasa masam, manis dan masin lebih rendah pada wanita.

5. Hubungan yang rapat/intim diluar pernikahan, lelaki dua kali lebih banyak.

6. Lebih dari dua wanita cenderung seks sejenis pada usia 45 tahun daripada lelaki.

7. Pada saat usia tua, wanita mengalami keguguran rambut, pada usia yang sama sebagian besar laki-laki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan menghasilan berlebihan dari hormon androgen ( hormon lelaki ).

8. Mata lelaki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih.

9. Lebih banyak wanita menggunakan cermin mata dan contact lens, antara usia 16 - 44 tahun.

10. Secara umum, hidung lelaki lebih besar daripada wanita. Sedangkan wanita rata-rata mempunyai bibir lebih besar dibandingkan lelaki.

Friday, June 29, 2012

10 perbezaan lelaki dan wanita part 1

1. Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.

2. Sperma lelaki yang menentukan jenis kelamin bayi.

3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi, laki-laki 2 bulan lebih lambat.

4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat mengandung bayi laki-laki daripada bayi perempuan.

5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada lelaki dan rata-rata berat otak lelaki lebih 1,4 Kg daripada wanita.

6. Pergantian kelamin lebih banyak dilakukan lelaki.

7. Basikal lelaki mempunyai setang/palang di tengah basikal.

8. Wanita sangat menimbang-nimbang masalah dan perubahan sehari-hari
( misal : penggunaan alat baru ).

9. Pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar,
mengikuti perkembangan tulang panggul untuk proses persalinan. Lebih
banyak timbunan lemak pada punggong, Lelaki lebih banyak timbunan
lemak pada perut.

10. Wanita kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit
yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih
hangat.

Monday, June 18, 2012

Micheal Jackson

Jika di Hollywood begitu ramai sekali artis-artis tajaan mereka seperti Madonna, Jay-Z, Rihanna dan ramai lagi. Begitu mudah bagi mereka untuk menjatuhkan dan menaikkan seseorang artis yang mereka mahukan semudah A B C, 1 2 3 kerana merekalah yang menguasai segalanya. Tetapi bukan semua artis mereka hanya mengikut telunjuk seakan 'puppet' yang dimainkan tali mengikut gerak atur 'The Elite'. Jika mereka tidak mengikut seperti apa yang dirancang, maka hancurlah karier mereka malah lebih teruk lagi mereka tidak berpeluang melihat matahari terbit lagi.


Micheal Jackson! MJ boleh dikategorikan sebagai artis terhebat sepanjang zaman dan mungkin tiada pengganti. Siapa sangka MJ adalah mangsa mind control dan berkhidmat untuk 'The Elite' sejal kecil lagi. Bakat yang dikurniakan kepada MJ telah digunakan 'The Elite' dan menjadikan MJ sebagai seorang penghibur yang hebat tiada tanding. Hal ini tidak berpanjangan kerana MJ telah membelot dan menentang mereka. Sejak dari itu, imej MJ telah diburukkan dengan skandal seks dan bermacam-macam lagi. Sehinggalah akhirnya beliau mati dibunuh. Hanya 2 pilihan diberikan kepada mereka, samada mengecapi kemewahan dan kemasyuran berterusan dengan terus berkhidmat untuk mereka atau akan mengalami kejatuhan dan kisah hidup berakhir dengan tragis. Inilah permainan The Hidden Hand!


Hayatilah lirik-lirik lagu MJ ini, ada mesej yang ingin disampaikan oleh beliau kepada kita semua.
All I wanna say is that
They don't really care about us
All I wanna say is that
They don't really care about us
'The Elite' tidak menghiraukan nyawa kita semua. Mereka hanya pentingkan pelan mereka berjalan lancar tanpa sebarang masalah walaupun banyak nyawa terkorban dengan selaga bentuk penindasan dan peperangan.
Beat me, hate me
You can never break me
Will me, thrill me
You can never kill me
Jew me, Sue me
Everybody do me
Kick me, Kike me
Don't you black or white me
Menerangkan kepada kita bahawa ada pihak yang cuba menjatuhkan beliau dan semangat beliau tidak akan luntur menentang mereka
Tell me what has become of my life
I have a wife and two children who love me
I am the victim of police brutality, now
I'm tired of bein' the victim of hate
You're rapin' me of my pride
Oh, for God's sake
I look to heaven to fulfill its prophecy...
Set me free
Beliau menjadi mangsa tuduhan seks terhadap kanak-kanak dengan bertujuan menjatuhkan beliau dan beliau mahu mencari kebenaran. Mungkin melalui Islam beliau telah mendapat kebenaran yang dicari-cari

Banyak lagi lagu-lagu beliau yang mempunyai mesej-mesej kepada kita semua. Secara tidak langsung beliau telah memberi amaran kepada kita siapa musuh kita sebenar. Inilah Peace, Love And Harmony yang diperjuangkan oleh Micheal Jackson ini.




Konspirasi Pembunuhan MJ

Michael Jackson {MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.


“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.
Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.

Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia.

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.

Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.

“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.

Pelik kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang islam.

Fakta Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah


1. Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah Negeri Berbudaya adalah negeri yang paling banyak mempunyai muzium iaitu sebanyak 14 muzium di bawah pentadbiran Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan ini tidak termasuk beberapa Muzium swasta seperti Muzium Baba dan Nyonya serta Muzium Jed.

2. Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah Negeri Berbudaya adalah negeri yang ketiga kecil di Malaysia selepas Perlis dan Pulau Pinang, tetapi Negeri yang paling banyak mempunyai masjid iaitu sebanyak 174 buah masjid,.

3. Muzium Baba & Nyonya di Jalan Jonker Street pada asalnya dimiliki oleh seorang petani Cina yang dibina pada kurun ke-19.

4. Kawasan Kampung Balai Panjang pernah menjadi tempat persinggahan peniaga dari Alor Gajah untuk melepaskan penat lelah mereka di situ selepas membawa barangan perniagaan di Melaka untuk dipasarkan.

5. Hang Tuah Mall di Jalan Hang Tuah yang menjadi mercu tanda negeri ini menelan belanja sebanyak RM8.8 juta dengan laluan siar kaki sepanjang 1.5 kilometer. Ia dilengkapi dengan kawasan riadah serba moden, restoran makanan segera, medan menjamu selera, landskap serta hiasan lampu neon yang amat menarik. Ia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada 3 oktober 2002.

6. Terdapat sebuah makam Pembesar Melaka di zaman Kesultanan Melayu Melaka di Kampung Melaka Pindah.

7. Stadium Kubu yang telah memberi banyak sumbangan dalam bidang sukan di negeri ini telah diwakafkan untuk pembangunan sukan di negeri ini di mana pembinaan tempat duduk utamanya telah dibina pada 21 Ogos 1954. Stadium Kubu telah ditukar nama kepada Stadium Hang Tuah oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada 31 Ogos 2001.

8. Akademi Laut Malaysia (ALAM) yang ditubuhkan bagi melatih anak tempatan dan luar mengenai alam maritim terletak di kawasan seluas 30 hektar di Kuala Linggi. Ia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada 15 Ogos 1981.

9.Air Pancutan Victoria Regina yang terletak berhampiran bangunan Stadthuys di Jalan Kota, Bandar Hilir telah dibina pada tahun 1904. Pembinaan air pancut yang dihiasi dengan batu marmar itu adalah bagi memperingati Permaisuri Victoria Regina (1837-1901).

10. Tapak Hotel Equatorial di Bandar Hilir pada asalanya merupakan tapak bangunan The Malacca Rest House yang telah didirikan oleh British pada tahun 1912.

11. Balai Bomba Melaka yang pertama terletak di Banda Kaba berhadapan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah. Bangunan itu kini menempatkan Jabatna Pertahanan Awam (JPA3) Melaka.

12. Laksamana Cheng Ho dari negara China di zaman Dinasti Ming merupakan seorang penganut agama Islam yang pernah datang ke Melaka sebanyak 5 kali pada kurun ke-15.

13.Batu yang terdapat di dalam Bukit St Paul, Bandar Hilir telah membuktikan bahawa kehadiran dan pemerintahan Belanda di Melaka dari tahun 1641-1796 dan 1818 - 1824.