1. Negeri Melaka Bandaraya
Bersejarah Negeri Berbudaya adalah negeri yang paling banyak mempunyai
muzium iaitu sebanyak 14 muzium di bawah pentadbiran Perbadanan Muzium
Melaka (PERZIM) dan ini tidak termasuk beberapa Muzium swasta seperti
Muzium Baba dan Nyonya serta Muzium Jed.
2. Negeri Melaka
Bandaraya Bersejarah Negeri Berbudaya adalah negeri yang ketiga kecil di
Malaysia selepas Perlis dan Pulau Pinang, tetapi Negeri yang paling
banyak mempunyai masjid iaitu sebanyak 174 buah masjid,.
3.
Muzium Baba & Nyonya di Jalan Jonker Street pada asalnya dimiliki
oleh seorang petani Cina yang dibina pada kurun ke-19.
4.
Kawasan Kampung Balai Panjang pernah menjadi tempat persinggahan peniaga
dari Alor Gajah untuk melepaskan penat lelah mereka di situ selepas
membawa barangan perniagaan di Melaka untuk dipasarkan.
5.
Hang Tuah Mall di Jalan Hang Tuah yang menjadi mercu tanda negeri ini
menelan belanja sebanyak RM8.8 juta dengan laluan siar kaki sepanjang
1.5 kilometer. Ia dilengkapi dengan kawasan riadah serba moden, restoran
makanan segera, medan menjamu selera, landskap serta hiasan lampu neon
yang amat menarik. Ia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri
Dr Mahathir Mohamad pada 3 oktober 2002.
6. Terdapat sebuah makam Pembesar Melaka di zaman Kesultanan Melayu Melaka di Kampung Melaka Pindah.
7.
Stadium Kubu yang telah memberi banyak sumbangan dalam bidang sukan di
negeri ini telah diwakafkan untuk pembangunan sukan di negeri ini di
mana pembinaan tempat duduk utamanya telah dibina pada 21 Ogos 1954.
Stadium Kubu telah ditukar nama kepada Stadium Hang Tuah oleh Ketua
Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada 31 Ogos 2001.
8. Akademi
Laut Malaysia (ALAM) yang ditubuhkan bagi melatih anak tempatan dan
luar mengenai alam maritim terletak di kawasan seluas 30 hektar di Kuala
Linggi. Ia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr
Mahathir Mohamad pada 15 Ogos 1981.
9.Air Pancutan Victoria
Regina yang terletak berhampiran bangunan Stadthuys di Jalan Kota,
Bandar Hilir telah dibina pada tahun 1904. Pembinaan air pancut yang
dihiasi dengan batu marmar itu adalah bagi memperingati Permaisuri
Victoria Regina (1837-1901).
10. Tapak Hotel Equatorial di Bandar
Hilir pada asalanya merupakan tapak bangunan The Malacca Rest House
yang telah didirikan oleh British pada tahun 1912.
11. Balai
Bomba Melaka yang pertama terletak di Banda Kaba berhadapan dengan Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah. Bangunan itu kini menempatkan
Jabatna Pertahanan Awam (JPA3) Melaka.
12. Laksamana Cheng Ho
dari negara China di zaman Dinasti Ming merupakan seorang penganut agama
Islam yang pernah datang ke Melaka sebanyak 5 kali pada kurun ke-15.
13.Batu
yang terdapat di dalam Bukit St Paul, Bandar Hilir telah membuktikan
bahawa kehadiran dan pemerintahan Belanda di Melaka dari tahun 1641-1796
dan 1818 - 1824.
No comments:
Post a Comment