1) Sahara, padang pasir terbesar di dunia mempunyai keluasan 5,632,690 kilometer (3.5 juta batu) persegi.
2) Semasa pemerintahan Kublai Khan, orang-orang Cina menggunakan singa
untuk berburu. Mereka melatih singa untuk mengejar dan menangkap haiwan
liar termasuk seladang serta beruang. Singa tersebut akan terus berada
di samping binatang yang dibunuhnya itu sehingga pemburu sampai.
3) Seni membuat peta telah wujud lebih awal berbanding seni tulisan.
Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red
Indian dan penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang sudah
mereka kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang ini disimpan di
Muzium Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah kepingan tanah liat
yang dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh 2500 SM.
4) Bilangan telefon di bandaraya Tokyo, Jepun adalah lebih banyak daripada bilangan telefon yang terdapat di seluruh Afrika.
5) Perut bayi hanya boleh memuatkan susu sebanyak 60ml pada satu masa.
Manakala perut orang dewasa mempunyai kapasiti paling maksimum ialah 1.5
liter. Namun lembu boleh memuatkan makanan sebanyak 300 liter dalam
perutnya.
6) Sebanyak 110,000 juta tan karbon dioksida memenuhi atmosphera setiap
tahun kesan pembakaran petrol. Untuk menyerap semua gas tersebut, ia
memerlukukan hutan seluas benua Australia.
7) Sebanyak 4,082 kilogram bunga ros akan dapat menghasilkan hanya 0.972kg
ekstrak untuk dijadikan bahan campuran di dalam pembuatan minyak wangi.
8) Hujan tiruan pertama dibuat di Concord, New Hempshire, England, pada
tahun 1947. Ketika itu tujuannya adalah untuk memadamkan kebakaran hutan
yang melanda kawasan tersebut selama hampir sebulan.
9) Kelapa paling besar di dunia boleh diperolehi hanya di Kepulauan
Seychelles di Lautan Hindi. Berat buahnya yang masak mencapai sehingga
22 kilogram.
10) Siput babi merayap pada kadar 0.0313 meter sejam.
No comments:
Post a Comment