Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.
Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.
Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Wednesday, July 6, 2011
Lady Gaga : Judas, Siapa Judas?
Di antara gambar yang terselit di dalam album Judas
Dalam Islam, Judas Iscariot (Yudas Iskariot) telah dianggap sebagai pengkhianat kepada Nabi Allah Isa a.s. (Jesus Christ). Ini disebabkan oleh tingkah lakunya yang telah melakukan khianat kepada Nabi Isa dan pengikutnya. Islam juga menegaskan bahawa Yudas yang sebenarnya disalib dan bukannya Nabi Isa.
Kisah pengkhianatan Yudas dalam Islam adalah digambarkan bermula dari sifat Yudas yang mudah tertarik kepada tawaran royalti sebanyak 30 keping perak sekiranya dapat memberitahu tempat persembunyian Nabi Isa dan kaum Al-Hawariyun (12 sahabat Rasullullah Nabi Isa) kepada ketua-ketua imam Yahudi.
Pada malam selepas Nabi Isa dan kaum Al-Hawariyun menjamah hidangan moreh terakhir dalam peristiwa Santapan Terakhir (Last Supper). Baginda (Nabi Isa) telah membawa kaum Al-Hawariyun untuk bertahannuth, bertaqarrub dan bertasbih kepada Allah SWT di Taman Gethsemani, Baitumuqaddis.
Gambaran Last Supper oleh pelukis Kristian (Judas di kanan hadapan)
Tidak beberapa lama kemudian, Nabi Isa telah menerima kedatangan Judas Iscariot bersama dengan bala tentera Rom yang berada di luar taman, Yudas yang masuk kedalam taman lalu segera datang menghampiri Nabi Isa dan membisikkan sesuatu kepada Nabi Isa (diriwayatkan dalam bisikan itu Yudas mengatakan kepada Nabi Isa dengan perkataan “Salam sejahtera wahai Rasullullah” dalam bahasa Ibrani).
Sejurus selepas itu Allah Yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana telah menukarkan raut wajah Yudas agar seiras dengan wajah Nabi Isa sekaligus mengangkat Nabi Allah Isa ke langit. Yudas yang tidak tahu mengena tentang perihal itu telah keluar daripada taman lalu terus ditangkap oleh bala tentera Rom yang menunggu di luar taman.
Dalam kejadian itu Yudas mengatakan yang dia bukan Nabi Isa yang dimaksudkan tetapi pernyataannya itu langsung tidak dihiraukan. Anggota Al-Hawariyun yang melihat peristiwa itu bertempiaran lari membawa diri sendiri.
Selepas kejadian itu, Yudas telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan, namun dia tetap berkeras yang mengatakan yang dia bukannya Nabi Isa yang dimaksudkan. Bangsa Israel, imam-imam kepala Yahudi, dan anggota kesatria Rom telah menolak pernyataan Yudas dan menetapkan agar Yudas disalibkan.
Pada hari penyaliban, Yudas telah didera, dicemuh dan dihina oleh kaum Israel, keadaan dia menjadi gila dan dia tidak siuman lagi. Sehinggalah dia telah disalibkan di kayu salib lalu dia berkata “Eli-Eli Lammasabacthtani” maksudnya Allah Allah mengapa Kau tinggalkan aku”. Sesungguhnya Allah tidak akan meninggalkan hambanya itu sesuka hati tetapi hanya sebagai balasan kepada perbuatan buruk orang yang mengkhianat RasulNya.
Al-Quran ada menerangkan dalam surat An Nisaa’:157 bahawa Nabi Isa tidaklah dibunuh mahupun disalib oleh orang-orang Kafir. Adapun yang mereka salib adalah orang yang bentuk dan rupanya diserupakan oleh Allah SWT seperti Nabi Isa as. (sebahagian ulama berpendapat orang yang diserupakan adalah muridnya yang mengkhianatinya yang bernama Yudas Iskariot, tetapi nama sebenar murid tersebut tidak dinyatakan dalam Al-Quran)
“dan kerana ucapan mereka: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah”, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa”.
(An Nisaa’ : 157)
Imbas Klip Video Judas
Ohohohoh
I'm in love with Judas
Ohohohoh
I'm in love with Judas
Judas! Judaas Judas! Judaas
Judas! Judaas Judas! GAGA
Begitulah permulaan lirik lagu Lady Gaga ini yang jelas memihak kepada Judas. Klip video ini bermula dengan mempertontonkan Gaga sedang menaiki motosikal bersama dengan Jesus sambil menjerit-jerit nama Judas di telinga Jesus. Ini menunjukkan Gaga berpura-pura bersama Jesus, padahal hatinya bersama dengan Judas.
Gaga membonceng motosikal bersama Jesus
Simbol mata Horus yang melambangkan tuhan Illuminati dipaparkan di dalam klip ini.
Ketika Gaga menyanyikan "I'm in love with Judas", salah seorang penari memakai baju bintang terbalik dikelilingi bahasa Hebrew. Simbol ini adalah lambang Baphomet yang menjadi lambang kepada Church Of Satan
Gaga tidak mudah untuk menjatuhkan Jesus. Tetapi Gaga adalah orang penting dalam komplot ini. Klip ini menunjukkan Gaga menutup mata kanannya, ini adalah simbolik kepada agenda Illuminati iaitu menjatuhkan semua agama di dunia ini.
Gambar album ni menunjukkan lambang salib terbalik (Antichrist). Ini menunjukkan mereka sangat anti terhadap Kristian. Amat pelik bukan? Majoriti penduduk US adalah Kristian. Ini disebabkan warga US sudah lama menolak kepercayaan mereka, jadi tidak hairanlah Lady Gaga lahir di negara mereka. Agenda illuminati untuk memisahkan agama dari kehidupan hampir mencapai matlamatnya. Mahukah kita umat Islam menjadi seperti ini?
Ramai remaja yang terpengaruh dan menjadikan Lady Gaga sebagai Idola. Kemasukan unsur-unsur ini semacam tiada sekatan atau mungkin ada sedikit sekatan yang tidak serius dilaksanakan. Dari segi lirik dan klip videonya jelas tidak membawa sebarang erti dalam memimpin kehidupan, apatah lagi untuk memartabatkan agama Islam. Baru-baru ini (3 Julai 2011) telah diadakan hari Lady Gaga di Taiwan. Ini menyebabkan ramai remaja yang menjadi 'gila'. lihat gambar di bawah.
Untuk pengetahuan pembaca, ini bukanlah pertama kali Lady Gaga mengelurkan lagu yang penuh kontroversi. setiap lagu mempunyai maksud yang tersendiri dan membawa ajaran Kabbalah. Seperti lagu alejandro. Lirik lagu alejandro menganggap tuhan sebagai penghalang untuk dia bercinta. Ingat lah kawan-kawan, tiada Allah tiadalah segala percintaan.
Sanggupkan anda membiarkan anak-anak dan kaum keluarga hanyut dengan lirik-lirik lagu yang banyak memuji Dajjal ini? Ramai kanak-kanak yang tahu menyanyi tanpa tahu apa maksudnya. Tetapi inilah yang mencorakkan kehidupan anak-anak kita. Inilah permainan Licik Yahudi.
Iklan Tisu Yang Terkena Sumpahan,,,
Pada tahun 1985, syarikat pengeluar barangan berunsur tisu, Kleenex™ telah mengeluarkan sebuah iklan di siaran televisyen Jepun. Pada mulanya, iklan tersebut tidak menunjukkan sebarang masalah. Seperti iklan lain, ia bersiaran mengikut waktu yang ditetapkan antara syarikat penyiaran televisyen dan syarikat pengiklan.
Walaubagaimanapun, tidak lama selepas itu iklan Kleenex telah menyebabkan seorang demi seorang daripada mereka yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung menerima musibah. Antaranya adalah dua pelakon iklan utama iklan tisu tersebut iaitu Keiko Matsuzaka dan kanak-kanak kecil yang melakonkan watak bayi iblis.
Keiko Matsuzaka dilaporkan mengalami tekanan perasaan sehingga menyebabkan beliau dimasukkan ke hospital untuk rawatan. Namun, ada cakap-cakap mengatakan beliau telah mengandung anak iblis(Rosemary’s baby) atau dengan kata lain beliau telah disihir. Miskipun demikian, ia gagal dibuktikan samaada daripada mulut Matsuzaka sendiri atau laporan perubatan hospital.
Kanak-kanak yang melakonkan watak bayi iblis telah menerima musibah lebih teruk apabila bayi malang tersebut dilaporkan mati secara mengejut sejurus selepas iklan tersebut disiarkan kepada umum. Kematian kanak-kanak tersebut telah mengundang seribu satu persoalan samaada iklan tersebut benar-benar ‘memakan nyawa’ sepertimana yang telah berlaku kepada filem Hollywood popular pada dekad tersebut, Poltergiest.
Tidak cukup di situ, iklan ini turut menghantui kepada sesiapa yang melihat dan mendengarnya. Dikatakan bahawa nyanyian lagu dalam iklan tersebut mampu berubah mengikut waktu. Kadangkala suara tersebut bersuara merdu, kadangkala bersuara garau dan kadangkala bersuara dengan nada yang menyeramkan. Lazimnya, ia berlaku ketika iklan ini tersiar pada waktu malam. Kepada penonton yang mendengar dan melihat iklan ini dengan suara yang menyeramkan dan garau, ia memberikan petanda tidak elok kepadanya. Menurut beberapa pengemar elemen misteri dan konspirasi, lagu yang dinyanyi oleh wanita cantik(dilakonkan oleh Keiko Matsuzaka) telah diplagiat daripada lirik agama paganisme etnik di Jerman satu ketika dahulu. Lirik tersebut adalah elemen utama yang menyebabkan Iklan Kleenex disumpah.
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=62ABMF7-deE
Tetapi terdapat satu pendapat yang mengatakan yang lagu yang di nyanyikan oleh Keiko Matsuzaka sama seperti lagu yang dinyanyikan oleh Miss Jane yang bertajuk It's A Fine Day. Iklan ini juga mempunyai versi angel. Keiko Matsuzaka juga di laporkan masih hidup dan masih berkerja sebagai artis.
Walaubagaimanapun, sebagai umat Islam kita tidak dibenarkan mempercayai elemen-elemen sumpahan dalam kehidupan. Sebuah peristiwa di mana sahabat Rasulullah saw mempercayai bahawa kejadian gerhana bulan telah menyebabkan anak lelaki Rasulullah saw, Ibrahim meninggal dunia.
Apabila Rasulullah saw mendengarnya, baginda terus menegur dengan keras sahabat-sahabat yang mengucapkan perkara tersebut. Ucapan Rasulullah saw telah dirakamkan oleh Imam Muslim dan kitab hadisnya, Hadis Al-Mughirah bin Syu’bah r.a katanya: “Matahari telah gerhana pada masa Rasulullah s.a.w di hari kematian Ibrahim iaitu anak lelaki baginda. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkannya. Oleh itu apabila kamu melihatnya berdoalah kepada Allah dan dirikanlah sembahyang sehinggalah gerhana itu hilang”

assalamualaikum...
assalamualaikum....
da lama aq x update aq nye blog nie...
sory r...
bz r mse last sem ary 2....
he3....
k r....
lepas nie aq rase aq akn sentiase update blog aq nie...
ok... he3...
da lama aq x update aq nye blog nie...
sory r...
bz r mse last sem ary 2....
he3....
k r....
lepas nie aq rase aq akn sentiase update blog aq nie...
ok... he3...
Subscribe to:
Posts (Atom)