Wednesday, July 6, 2011

Iklan Tisu Yang Terkena Sumpahan,,,

Pada tahun 1985, syarikat pengeluar barangan berunsur tisu, Kleenex™ telah mengeluarkan sebuah iklan di siaran televisyen Jepun. Pada mulanya, iklan tersebut tidak menunjukkan sebarang masalah. Seperti iklan lain, ia bersiaran mengikut waktu yang ditetapkan antara syarikat penyiaran televisyen dan syarikat pengiklan. 
Walaubagaimanapun, tidak lama selepas itu iklan Kleenex telah menyebabkan seorang demi seorang daripada mereka yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung menerima musibah. Antaranya adalah dua pelakon iklan utama iklan tisu tersebut iaitu Keiko Matsuzaka dan kanak-kanak kecil yang melakonkan watak bayi iblis.
Keiko Matsuzaka dilaporkan mengalami tekanan perasaan sehingga menyebabkan beliau dimasukkan ke hospital untuk rawatan. Namun, ada cakap-cakap mengatakan beliau telah mengandung anak iblis(Rosemary’s baby) atau dengan kata lain beliau telah disihir. Miskipun demikian, ia gagal dibuktikan samaada daripada mulut Matsuzaka sendiri atau laporan perubatan hospital. 
Kanak-kanak yang melakonkan watak bayi iblis telah menerima musibah lebih teruk apabila bayi malang tersebut dilaporkan mati secara mengejut sejurus selepas iklan tersebut disiarkan kepada umum. Kematian kanak-kanak tersebut telah mengundang seribu satu persoalan samaada iklan tersebut benar-benar ‘memakan nyawa’ sepertimana yang telah berlaku kepada filem Hollywood popular pada dekad tersebut, Poltergiest.
Tidak cukup di situ, iklan ini turut menghantui kepada sesiapa yang melihat dan mendengarnya. Dikatakan bahawa nyanyian lagu dalam iklan tersebut mampu berubah mengikut waktu. Kadangkala suara tersebut bersuara merdu, kadangkala bersuara garau dan kadangkala bersuara dengan nada yang menyeramkan. Lazimnya, ia berlaku ketika iklan ini tersiar pada waktu malam. Kepada penonton yang mendengar dan melihat iklan ini dengan suara yang menyeramkan dan garau, ia memberikan petanda tidak elok kepadanya.  Menurut beberapa pengemar elemen misteri dan konspirasi, lagu yang dinyanyi oleh wanita cantik(dilakonkan oleh Keiko Matsuzaka) telah diplagiat daripada lirik agama paganisme etnik di Jerman satu ketika dahulu. Lirik tersebut adalah elemen utama yang menyebabkan Iklan Kleenex disumpah.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=62ABMF7-deE

Tetapi terdapat satu pendapat yang mengatakan yang lagu yang di nyanyikan oleh Keiko Matsuzaka sama seperti lagu yang dinyanyikan oleh Miss Jane yang bertajuk It's A Fine Day. Iklan ini juga mempunyai versi angel. Keiko Matsuzaka juga di laporkan masih hidup dan masih berkerja sebagai artis.

Walaubagaimanapun, sebagai umat Islam kita tidak dibenarkan mempercayai elemen-elemen sumpahan dalam kehidupan. Sebuah peristiwa di mana sahabat Rasulullah saw mempercayai bahawa kejadian gerhana bulan telah menyebabkan anak lelaki Rasulullah saw, Ibrahim meninggal dunia.

Apabila Rasulullah saw mendengarnya, baginda terus menegur dengan keras sahabat-sahabat yang mengucapkan perkara tersebut. Ucapan Rasulullah saw telah dirakamkan oleh Imam Muslim dan kitab hadisnya,  Hadis Al-Mughirah bin Syu’bah r.a katanya:  “Matahari telah gerhana pada masa Rasulullah s.a.w di hari kematian Ibrahim iaitu anak lelaki baginda. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkannya. Oleh itu apabila kamu melihatnya berdoalah kepada Allah dan dirikanlah sembahyang sehinggalah gerhana itu hilang”

No comments:

Post a Comment