Thursday, July 7, 2011

7 Airport paling Berbahaya Di Dunia

Take Off dan Landing merupakan proses yang paling berbahaya bagi pesawat terbang.Kerana itu airport dibina dan disiapkan untuk mengurangkan risiko yang terjadi selama proses take off dan landing ini. Di senarai ini terdapat tujuh airport yang mungkin andaperlu elakkan pada liburan anda semoga tidak bertambah lagi di kemudian hari.

7. Lukla Airport - Nepal



Gunung yang tinggi di satu sisi dan jurang ribuan meter di sisi yang lain. Airport ini terletak di ketinggian 2900 meter dari paras laut, jadi hampir tidak ada kekuatan yang cukup untuk tinggal landas

Lukla Airport adalah airport kecil di bandar Lukla di timur Nepal. Pada bulan Januari2008, kerajaan Nepal mengumumkan bahawa airport tersebut akan diganti namanya menjadi Airport Sir Edmund Hillary, orang pertama kalia yang berjaya mencapai puncak everest. Airport ini sendiri cukup popular kerana banyak yang menggunakannya sebagai titik permulaan pendakian puncak Everest

6.Madeira Airport (Madeira)


Madeira Airport dikenali juga sebagai Funchal Airport atau juga Santa Catarina Airport.Airport ini merupakan airport antarabangsa yang terletak di dekat kota Funchal,Madeira. Airport ini mengawal lalu lintas pesawat baik domestik maupun antarabangsa dari kepulauaan Madeira

Airport ini pernah tidak disukai kerana runway yand pendek dan dikelilingi gunung dan lautan luas, hal ini membuat proses take off dan landing sangat sulit bahkan untuk pilot profesional sekalipun. Panjang runway asalnya hanya 1,4 kilometer tetapi ditambah lagi 400 meter selepas berlaku kemalangan pada tahun 1977. Kemudian pada tahun 2003airport ini dibina semula dengan panjang runway yang dipertingkatkan hampir dua kali ganda di atas laut dengan menggunakan angka-angka penahan beban setinggi 70meter.


5.Barra International Airport (Barra)



Airport ini merupakan airport satu-satunya di dunia yang memakai pantai sebagai landasannya. Bila anda ingin mengunjunginya, anda boleh menempah British airways yang melayani jalur ke-Bara dari Glasgow atau Benbecula.

Airport ini dipenuhi air waktu pasang tiba dan bila anda datang pada petang menjelang malam hari, anda mungkin menemui beberapa kereta diletakkan dengan lampu yang menyala bagi membantu juruterbang.

4.Gustaf III Airport (St. Bart)



Gustaf III Airport dikenali juga sebagai Saint Barthélemy Airport adalah airport komersial yang luar bandar St. Jean di kepulauan Caribbean di Saint Barthélemy. Baik airport dan nama kotanya dinamakan berdasarkan nama King Gustav III dari Sweden.

Airport ini melayani pesawat komersil kecil yang beroperasi secara serantau. Rata-rata pesawat yang menyinggahinya tidak berpenumpang lebih daripada 20 orang seperti pesawat Twin Otter. Pendeknya landasan yang berahir di pantai dan awal landasan yang tertutup bukit membuat airport ini berbahaya bagi pelancong yang berjemur di hujung landasan, walaupun ada amaran untuk jangan berjemur di lokasi itu.

3.Courchevel (France)



Courchevel adalah nama tempat sukan ski di pergunungan Alps, Perancis. Airport ini mempunyai beberapa kendala seperti pendeknya landasan yang hanya 525 m dan darjat cerun sampai 18.5%. Saking pendeknya, pilot harus mendarat di landasan yang menanjak dan terbang kearah landasan yang menurun.

Siapakah yang mendarat di sini? salah satunya adalah Pierce Brosnan, sewaktu membintangi filem James Bond "Tommorow never dies" di pembukaan filem tersebut.Lain? kita perlu menggunakan helikopter atau pesawat charter kecil dan juruterbangnya pun harus ditraining terlebih dahulu sebelum mendarat di sana.

2.Juancho E. Yrausquin Airport (Saba)


Juancho E. Yrausquin Airport adalah satu-satunya airport pulau Saba di kepulauan Caribbean. Aiport ini sangat terkenal dengan bagaimana cara pesawat boleh take off dari landasan.

Yrausquin Airport mempunyai jumlah yang besar dalam melayani penerbangan di pulau Saba. Beberapa pakar penerbangan mempunyai pendapat bahawa airport ini merupakan salah satu airport yang paling berbahaya di dunia walaupun tidak ada tragedi besar yang berlaku di sini. Di hujung landasan terdapat huruf X besar yang menandakan bahawa airport ini tidak untuk penerbangan komersial.

Bahaya datang dari keadaan geografi dari airport itu sendiri, di satu sisi bukit yang tinggi dan dikedua hujung landasan terdapat jurang yang langsung menuju lautan.Sangat berbahaya bagi pesawat dengan kemungkinan tidak dapat mendarat kerana melanggar jurang atau kurang tenaga untuk take off yang menyebabkan jatuh ke jurang juga.

1.Princess Juliana International Airport (Saint Martin)


Tidak perlu diterangkan lagi apa bahayanya, tinggal anda lihat saja gambarnya.Landasan ini sangat dekat dengan pantai yang selalu dipenuhi oleh para pelancong yang sedang berjemur.
Walaupun belum pernah ada kemalangan serius yang mengakibatkan korban jiwa,tetapi baik saat tinggal landas maupun saat mendarat semburan jet dari pesawat-pesawat tersebut boleh menyebabkan kemalangan fatal bagi pelancong yang berada di sekitarnya.
Pertanyaanya adalah mengapa airport ini masih digunakan, bahkan untuk penerbangan komersial yang padat? Jawapannya adalah bagaimanapun juga tetap airport ini adalah tempat yang paling selamat untuk penerbangan dari seluruh lokasi yang ada di pulau ini.
Kerana itu eloklah airport ini dinobatkan sebagai airport yang paling berbahaya di dunia.

No comments:

Post a Comment